Derma

Sebarang sumbangan adalah amat dialu-alukan. Nama Bank RHB Bank, Nama Akaun Tabung Kubur Pangkal Kuang Ketereh dan No Akaun 25302500007633

Setiap perbuatan baik yang dilakukan setiap manusia adalah menjadi sedekah dan sedekah itu pula membawa rahmat di dunia dan akhirat.
 

Aktiviti

  • Mesyuarat KPK Bil 1/2024

    Mesyuarat AJK KPK Bil 1/2024 telah berlangsung di Wakaf KPK pada 1 Mac 2024 jam 9:00 Pagi yang dihadari 12 orang AJK dari 22 orang. Mesyauart telah membincangkan tanggung jawab AJK serta bidang tugas masing-masing yang merupakan AJK baru yang berkuatkuasa untuk tahun 2024/2025. Ada banyak isu yang dibincangkan diantara lain kerja baik pulih lampu limpah yang kebanyakkannya telah rosak dan perlu pembaikan, selain dari itu palang di pintu masuk KPK juga akan dipasang untuk mengelakkan kenderaan berat masuk yang mana boleh merosakkan kawasan parking di KPK,

  • Kerja Meracun 2024

    Sebagai aktiviti pembukaan untuk tahun 2024, kerja meracun rumput yang terpaksa ditangguhkan untuk beberapa bulan akibat musim hujan yang berterusan telah dapat dilakukan pada 7 Januari 2024. Ini bagi persiapan menyambut bulan ramadhan bagi memastikan persekitaran KPK yang bersih dari rumput rampai dan ceria.

  • Mesyuarat Jawatan Kuasa Khairat Kubur Pangkal Kuang Bil 5/2023

    Bertempat di Wakaf Kubur Pangkal Kuang, mesyuarat jawatan kuasa bil 5/2023 telah diadakan pada 29/12/2023 Jumaat jam 9: pagi. Seramai 16 orang jawatan kuasa telah hadir. inti pati dari mesyuarat tersebut adalah pembubaran jawatan kuasa tahun 2022/2023 dan seterusnya perlantikan jawatan kuasa 2024/2025.
    Seramai 22 orang AJK baru telah dilantik menyaksikan 2 orang baru didalam ajk tersebut.

  • Gotong-royong sempena Aidil Adha 1444

    Sempena aidil adha yang bakal menjelang satu program gotong-royong telah diadakan oleh JK KPK. Program telah diadakan pada 17 Jun 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Kerja-kerja memesin rumput telah dilakukan oleh lebih 10 orang anak mukim dengan menggunakan mesin rumput galah yang dibaa sendiri oleh anak mukim. selain dari itu kerja menebas juga dilakukan oleh mereka yang tidak membawa mesin rumput. Selesai kerja-kerja pembersihan, bacaan tahlil di imamkan oleh pengerusi JK KPK iaitu Tuan Imam Hj Fakrullah diadakan dan disudahi dengan sedikit jamuan. Pihak JK KPK mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua AJK serta anak mukim yang sudi menjayakan program gotong-royong ini.

  • Lawatan MAIK

    Pada 9 Mei 2023, seramai 5 orang pegawai dari MAIK telah melawat ke KPK dan kunjungan tersebut telah di sambut oleh pengerusi KPK Tuan Imam bersama AJK KPK. Lawatan bertujuan meninjau kebersihan serta keceriaan kawasan KPK. Secara keseluruhannya pihak MAIK amat berpuas hati dengan kebersihan serta keceriaan KPK.

  • Majlis Tahlil Perdana 2023

    Hari Raya Aidil Fitri muncul kembali. Sehubungan dengan itu satu Tahlil Perdana akan diadakan di wakaf KPK anjuran Jawatan Kuasa Kubur Pangkal Kuang. Majlis akan diadakan pada 1 Shawal 1444 selepas solat hari raya. Majlis bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anak mukim. Jamuan ringan juga turut disediakan.

  • Meracun Rumput Ramadhan 2023

    Kerja meracun rumput di KPK telah dilaksanakan secara rutin diantara 2 hingga 3 bulan sekali. Bersempena dengan aidul fitri 2023 yang bakal menjelang, bagi memudahkan anak mukim menziarahi kubur ahli keluarga tersayang kerja meracun rumput telah dilaksanakan pada 3 April 2023

  • Mengambus Kubur Berlubang

    Tanah perkuburan KPK merupakan tanah perkuburan lama bagi mukim ketereh. Ianya telah beberapa kali mengalami naik taraf antaranya kerja-kerja menambun tanah ditebing sungai dan seterusnya dibina tembok gabion. Membina wakaf yang terdiri dari pejabat dan juga stor serta menaik taraf jalan bertar. Sesungguhnya kerja-kerja penjagaan kawasan sentiasa diambil berat oleh AJK KPK. Terkini kerja-kerja mengambus kubur lama yang berlubang yang mungkin disebabkan oleh mendapan tanah akibat papan long yang sudah runtuh dibawahnya telah dilaksanakan pada 7 Mac 2023. sebanyak 6 buah kubur telah dibaiki keadaan tanahnya.

  • Alih Suis Lampu Limpah

    Kerja mengalih suis lampu limpah yang asalnya ditempatkan di bahagian luar wakaf KPK ke bahagian dalam stor KPK telah dilaksanakan pada 5 Mac 2023 oleh AJK En Hairun dan En Wadi. Ini disebabkan terdapat pengunjung yang membuka lampu limpah tersebut secara semberono tanpa tujuan yang boleh mengakibatkan pembaziran elektrik.

  • Memasang Signboard Khairat

    Pada tahun 2019 Jawatan Kuasa Kubur Pangkal Kuang (JK KPK) telah melancarkan tabung khairat kpk dan sehingga kini seramai 137 ahli aktif dan seramai 19 orang telah menerima sumbangan daripada tabung tersebut. Selama ini hebahan hanya dibuat berdasarkan penyelia-penyelia kawasan sahaja dan terkini hebahan tersebut telah dibuat melalui facebook KPK, website KPK dan terkini signboard penyelia yang boleh dihubungi telah dipasang di Tanah Perkuburan KPK. Ini bagi memudahkan anak mukim menyertai khairat ini.

  • Mengambus Kubur Berlubang

    Pada 9 September 2022 kerja-kerja mambaikpulih kubur-kubur yang telah jerlus tanahnya telah dilakukan. ianya melibatkan 4 buah kubur dan kerja-kerja pengambusan telah dilakukan dengan menggunakan jentolak oleh kontraktor.

  • Wiring

    Pada 13 Oktober 2021 telah berlaku litar pintas pada pendawaian di wakaf kubur Pangkal Kuang. Dengan bantuan En Khairul salah sorang AJK yang merupakan kontraktor TNB telah berjaya membaikpulih kerosakan tersebut.

  • Merata Tanah

    Pada 5 Oktober 2021, kerja-kerja maratakan tanah telah dijalankan sebagai penambahan ruangan untuk dijadikan kawasan perkuburan.

  • Menurap Jalan

    Pada 19 April 2021 satu lawatan tapak telah dibuat di Kubur Pangkal Kuang bagi melihat jumlah jarak jalan yang akan diturap. Setelah selesai proses lawatan kerja tapak maka pada 28 April 2021 kerja-kerja menambak jalan dengan menggunakan batu kasaran dan pada 5 Mei 2021 bermulalah kerja-kerja menurap menggunakan tar.

Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak–anak yang soleh.

Sumbangan Anda

  • Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui akaun:
    Nama Bank : RHB Bank
    Nama Akaun : Tabung Kubur Pangkal Kuang Ketereh
    No Akaun : 25302500007633

    Jumlah Pelawat : 18162

Berita semasa

  • Kerja memasang syiling di wakaf KPK

    Hari ini 19 Jun 2023, kerja-kerja memasang syiling di wakaf KPK telah dimulakan. Ianya adalah mengikut keputusan mesyuarat bilangan 3/2023

  • Majlis Tahlil Perdana

    Majlis Tahlil Perdana telah berjaya dilaksanakan bertempat di wakaf KPK pada tarikh 22 April 2023. Majlis tersebut telah disertai oleh ahli keluarga yang jenazah keluarga mereka dikebumikan di tanah perkuburan kampung pangkal kuang. Majlis bermula setelah tamat sembahyang hari raya dan di ketuai oleh En Zainuddin salah seorang AJK KPK.

  • Sumbangan Maik

    Bertarikh 15 Feb 2023 Imam tua Mesjid mukim Ketereh telah menerima sumbangan peralatan yang disumbangkan oleh MAIK. Antara peralatan yang diterima merupakan 1 unit mesin rumput galah, 0.5 liter minyak 2T, 2 unit pam racun 18 liter, 4 liter racun, 4 unit tong sampah bertutup dan 4 gulung plastik sampah. Sehubungan dengan itu kesemua peralatan tersebut telah diserahkan kepada AJK KPK dan diwakali oleh Cikgu Sulaiman dan En Hairun.

  • Mesyuarat AJK KPK

    Mesyuarat jawatan kuasa tanah perkuburan pangkal kuang, ketereh, Kota Bharu, Telah diadakan 7 Mei 2021 bertempat di wakaf kubur pangkal kuang. Mesyuarat bertujuan untuk menyelaras kerja-kerja kebersihan kawasan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Selain dari itu juga ianya bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama AJK. didalam majlis tersebut juga sedikit sumbangan berupa kurma dan kain pelikat telah diberikan kepada ahli sebagai tanda terimakasih atas sumbangan mereka sepanjang tahun 2020.

  • Menyambung Pembinaan Pagar

    Pada 29 Mac 2021, kerja-kerja penyambungan pembinaan pagar telah dilaksanakan bagi menghalang khinzir liar dari memasuki kawasan kubur.