Derma

Khairat Kematian Kubur Pangkal Kuang

Tujuan

Memberi khidmat kebajikan kepada ahli KHAIRAT KEMATIAN di qariah Kampung Pangkal Kuang, Ketereh dan ahli KHAIRAT KEMATIAN di sekitarnya. Terutama ketika berlakunya kematian keatas diri sendiri atau keluarga mereka.
Ahli Jawatan Kuasa KHAIRAT KEMATIAN menyediakan kemudahan dan kelengkapan pengurusan jenazah dengan cepat dan mudah. Hal ini bertepatan dengan suruhan nabi s.a.w supaya menyegerakan pengurusan jenazah bila tiba masa kematian.
Ahli jawatankuasa KHAIRAT KEMATIAN sudi berhidmat penuh didikasi dan keikhlasan bagi membantu kesulitan bagi mencapai objektif penubuhan khairat kematian

Objektif Penubuhan

1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris si mati.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.
4. Mewujudkan satu organisasi yang mapan dan berintigriti bertanggungjawab hal ehwal masyarakat serta berperanan menjalankan aktiviti memupukkan kesefahaman,kesedaran dalam membantu masyarakat yang dhaif dan kurang bernasib baik.
5. Menggalakkan semua muslimin dan muslimat menyertai Khairat Kematian dengan menderma berkongsepkan tabarru’(derma) dan taawun(tolong-menolong) dengan kadar sumbangan tahunan yang mampu dilaksanakan. Tambahan pula Agama Islam meletakkan darjat yang tinggi dan mulia kepada penderma yang membantu saudara Islam yang terkena musibah.

Peraturan dan Ketetapan

Kelayakan

Terbuka kepada semua qariah Kampung Pangkal Kuang, Ketereh dan qariah di sekitarnya. Penyertaan adalah secara sukarela dan tiada paksaan berdasarkan peraturan dan ketetapan yang telah digubal oleh mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa KHAIRAT KEMATIAN Kubur Pangkal Puang.

Tempoh Minima Mendapat Manfaat

Tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan ialah setelah satu (1) bulan menjadi ahli selepas tarikh pendaftaran sebagai ahli.

Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli

1. Umur kemasukan ahli dan pasangannya adalah bermula pada 18 tahun berdasarkan hari jadi akan datang.
2. Tanggungan Ahli ialah keluarga terdekat iaitu isteri/suami, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau belum berdikari DAN umur anak tidak lebih 23 tahun kecuali anak OKU.
* Huraian Ini bermakna anak-anak, Ibu atau bapa, datuk atau nenek, bapa atau emak saudara, atau saudara mara yang tinggal bersama ahli yang melebihi umur 23 tahun perlu memohon menjadi ahli secara berasingan.
Anak angkat yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan statusnya oleh peserta.
Anak tiri yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dikahwini oleh duda/janda semasa tempoh sijil berkuatkuasa.

Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat

Faedah khairat dalam satu keluarga adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pangkal Kuang, Ketereh.

Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan

1. Ahli keluarga seperti ibu/bapa, ibu/bapa mertua dan datuk/nenek yang tinggal bersama perlu memohon menjadi ahli berasingan.
2. Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur lebih 23 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli, perlulah mendaftar sebagai ahli baru.

Bayaran Pendaftaran dan Sumbangan Tahunan

1. Sumbangan pendaftaran dikenakan adalah RM 10.00 sekali seumur hidup.
2. Sumbangan tahunan adalah sebanyak RM 60.00 bagi tahun pertama untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada BENDAHARI atau Ahli Jawatan Kuasa yang dilantik.
2. Bagi Ahli yang telah menjadi ahli bagi tahun ke-2 dan seterusnya, sumbangan tahunan adalah sebanyak RM 30.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada BENDAHARI atau Ahli Jawatan Kuasa yang dilantik.
* Pindaan telah dipersetujui didalam mesyuarat Jawatankuasa bil 6/2021 bertarikh 24/11/2021

Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Sumbangan Penuh

Seseorang ahli yang telah membayar sumbangan tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dalam tempoh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat tabung sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.

Ahli Yang TIDAK Membayar Sumbangan Tahunan

Seseorang ahli yang TIDAK membayar sumbangan tahunan adalah TERBATAL keahliannya dan hanya LAYAK menuntut manafaat sejumlah mana yang telah ia sumbang sebelumnya sekiranya berlaku musibah kematian.

*Apabila seseorang yang telah berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli, mohon masuk menjadi ahli semula dan diterima oleh Jawatankuasa, maka hendaklah beliau menjelaskan segala hutang-hutang yang masih dihutang masa lalu. Sumbangan masuk menjadi ahli perlu dibayar semula.

Munafaat Kepada Ahli Atau Waris Apabila Berlaku Kematian

Berikut adalah manafaat yang diperolehi oleh ahli yang mendaftar

Bil. Keperluan Kadar Bayaran (RM)
1. Sumbangan belanja pengurusan jenazah meliputi urusan mandi, batu nisan, batu paket keranda, kebersihan dan penanda kubur dan saguhati kepada Imam 250.00
2. Sumbangan kos kenderaan jenazah 50.00
3. Sumbangan Wang TUNAI sebagai bantuan segera kepada ahli atau waris (Bagi yang baru menjadi ahli dalam tempoh SETAHUN tahun SEMASA). 200.00
4 Sumbangan wang TUNAI sebagai bantuan segera kepada ahli atau waris (Bagi yang telah menjadi ahli MELEBIHI SETAHUN tahun SEMASA). 300.00
5. Sumbangan kain kafan Sumbangan dari Tabung Kubur Pangkal Kuang (Selagi dana tabung berkemampuan menyumbang bernilai RM 170)
6. Sumbangan Papan Long Sumbangan dari Tabung Kubur Pangkal Kuang (Selagi dana tabung berkemampuan menyumbang bernilai RM 150)
7. Sumbangan Upah Menggali Kubur Sumbangan dari Tabung Kubur Pangkal Kuang (Selagi dana tabung berkemampuan menyumbang bernilai RM 250)
  JUMLAH SUMBANGAN KOS KESELURUHAN BAGI AHLI BARU DALAM TEMPOH SETAHUN TAHUN SEMASA MENJADI AHLI 500.00
  JUMLAH SUMBANGAN KOS KESELURUHAN BAGI AHLI YANG MELEBIHI SETAHUN TAHUN SEMASA MENJADI AHLI 600.00
6.

Pengebumian di luar kawasan:
a) Ahli atau waris layak mendapat sumbangan.
b) Urusan dan bayaran kenderaan jenazah ditanggung oleh ahli atau waris sendiri

* Merujuk perkara 3 dan 4

500.00/600.00


* Pindaan pada perkara 5 telah dipersetujui didalam mesyuarat Jawatankuasa bil 2/2020 bertarikh 24/2/2020

* Pindaan pada perkara 3 dan 4 telah dipersetujui didalam mesyuarat Jawatankuasa bil 2/2021 bertarikh 26/1/2021

* Pindaan pada perkara 6 telah dipersetujui didalam mesyuarat Jawatankuasa bil 6/2022 bertarikh 29/11/2022

* Pindaan pada perkara 7 telah dipersetujui didalam mesyuarat Jawatankuasa bil 1/2023 bertarikh 10/2/2023

Dokumen Bagi Tujuan Tuntutan Khairat

Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris di mohon untuk menyerahkan satu salinan (fotokopi) dokumen berikut kepada pihak pengurusan:

1. Salinan kad pengenalan atau sijil lahir (yang belum ada kad pengenalan).
2. Salinan surat kematian.
3. Salinan surat kebenaran pengebumian oleh pihak polis.
3. Salinan kad pengenalan orang yang membuat tuntutan.